MGPerak: 120 Pelajar Cemerlang SPM DUN Sungai Manik Diraikan

47

PASIR SALAK – Seramai 120 pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Manik diraikan dalam satu majlis khas, di sini.

Kesemua mereka yang memperoleh 5A hingga 10A menerima sumbangan wang tunai antara RM200 hingga RM400 di bawah inisiatif program pelajar cemerlang digerakkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Skuad Prihatin.

Penaung Skuad Prihatin, Mohd Nazari Sabran berkata, sumbangan yang diberikan untuk tahun ketiga itu bertujuan menghargai usaha pelajar terlibat selain meraikan kejayaan mereka yang mengharumkan DUN Sungai Manik. -MGPerak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini