MGPerak: 14 Rumah Ibadat Bukan Islam Di Gua Batu Kapur Belum Diwartakan – Exco Perak

235

IPOH – Sebanyak 14 rumah ibadat bukan Islam yang dibina di kawasan gua batu kapur di Perak dikenal pasti masih belum memperoleh sebarang kelulusan atau pewartaan daripada kerajaan negeri.

Exco Kesihatan, Sumber Manusia, Integrasi Nasional dan Hal Ehwal Masyarakat India negeri, A. Sivanesan, berkata justeru kita pihaknya sedang meneliti permohonan yang dikemukakan pemilik-pemilik rumah ibadat itu termasuk dari aspek keselamatan sebelum ia diluluskan.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Rumah Ibadat Gua Batu Kapur Perak berkata mana-mana pihak tidak dibenarkan untuk membina rumah ibadat di kawasan batu kapur tanpa sebarang kelulusan atau kebenaran daripada pihak berkuasa negeri. – MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini