MGPerak: 16 Produk IKS Kampung Menderang Diperkasa, Sasar Penjenamaan Bersama

56

Kampung Menderang, Sungkai, di sini, mengorak langkah memperkasakan ekonomi komuniti apabila sebanyak 16 produk desa dan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang diusahakan penduduk setempat sedang dipromosikan di bawah satu jenama.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) merangkap Ketua Kampung Menderang, Mohd Suhaili Abu Kassim berkata, usaha mengumpulkan kesemua produk berkenaan telah mula dilaksanakan sejak tiga tahun lalu.

Katanya, beliau berhasrat untuk mengetengahkan jenama ‘Best Kampung Menderang’ sebagai usaha menyatukan usahawan kampung yang mana sebelum ini kesemua produk desa diusahakan secara bersendirian. – MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak #produkIKSKampungMenderang #peraksejahtera2030

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini