Seramai 153 pemandu kenderaan telah disaring sepanjang Operasi Bersepadu Dadah terhadap kenderaan perdagangan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bermula 1 Julai lalu.
Pengarah JPJ Perak, Mohammad Yusoff Abustan berkata, daripada jumlah berkenaan seramai 39 pemandu di dapati positif pelbagai jenis dadah antaranya methamphetamine, morfin, ketum dan ganja.
Beliau berkata, kesemua individu yang didapati positif dadah merupakan seorang pemandu kenderaan perkhidmatan awam dan 38 pemandu kenderaan barangan. -MGPerak
#mgperak #malaysiagazetteperak #OPsbersepadudadah #JPJPerak





