DITUBUHKAN pada 2024, Akademi Ragbi Ipoh (ARAI) memberi peluang kepada ahlinya untuk meneruskan minat dan mengasah bakat mereka dalam sukan berkenaan.
Malah akademi yang mengumpul pelajar sekolah rendah dan menengah di daerah Kinta ini turut menyokong hasrat kerajaan negeri dalam pembangunan sukan selari dengan Pelan Perak Sejahtera 2030.
Bercakap kepada Malaysia Gazette (MG) Perak, Presiden Persatuan Ragbi Daerah Kinta, Faizal Haramaini berkata, ARAI ditubuhkan selepas melihat situasi pembangunan dan kesinambungan bakat sukan tersebut di daerah itu berhadapan dengan cabaran dan kesukaran. -MGPerak
#mgperak #malaysiagazetteperak #peraksejahtera2030 #saaranimohamad #AkademiRagbiIpoh





