MGPerak: Beg Anyaman ‘Decoupage’ Jadi Sumber Rezeki Sampingan

1

BEG tangan anyaman bukan sekadar pelengkap gaya, malah mampu menjadi medium memperkenalkan identiti budaya, kreativiti dan warisan kepada masyarakat.

Bagi pengusaha beg tangan anyaman, Sapinah Seli, 44, setiap produk yang dihasilkan bukan sekadar produk kraf, tetapi ia membawa identitinya sebagai anak kelahiran Serian, Sarawak yang kini menetap di Kampung Menderang, Sungkai di Tanjung Malim.

Menurutnya, kemahiran menganyam yang dipelajari sejak kecil daripada ibunya kini menjadi sumber pendapatan sampingan selepas suaminya, Sharim Hamid, menamatkan perkhidmatan sebagai anggota Tentera Darat Malaysia (ATM) selepas lebih 20 tahun berkhidmat. – MGPerak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini