MGPerak: Bekalan Ikan Ramadan, Aidilfitri Mencukupi, Harga Terkawal – LKIM

166

BAGAN DATUK – Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), memberi jaminan bekalan ikan sepanjang Ramadan dan Aidilfitri kali ini mencukupi disamping harga terkawal.

Pengerusinya, Muhammad Faiz Fadzil berkata, ia ekoran berlaku lambakan ikan ketika ini selepas Monsun Timur Laut berakhir yang membolehkan nelayan turun ke laut.

Menurut beliau, LKIM juga turut bersedia dengan bekalan ikan segar beku yang dijual RM10 sebungkus bagi memastikan bekalannya sentiasa mencukupi sebelum dan semasa perayaan Aidilfitri.

#malaysiagazetteperak #mgperak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini