MGPerak: Bomba Kenal Pasti 21 ‘Hotspot’ Kepala Air Di Perak

172

IPOH – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak mengenal pasti 21 ‘hotspot’ yang berisiko berlaku insiden kepala air di negeri ini melibatkan lima daerah.

Lokasi tersebut adalah Lata Kekabu; kawasan perkelahan Air Berok dan Air Terjun Lawin Selatan (Hulu Perak); Air Terjun, Bukit Jana; Burmese Pool, Bukit Larut; Lata Air Hitam dan Lata Sempeneh (Larut Matang dan Selama); Hutan Lipur Ulu Kenas; Air Terjun Batu Hampar dan Air Terjun Lata Perahu (Kuala Kangsar).

Kawasan lain yang turut terlibat adalah, Kilometer (KM) 28 Jalan Simpang Pulai-Cameron Highland (Gunung Suku); Pusat Rekreasi Lubuk Timah; Kledang Saiong; Kampung Kota Raja; Lata Ulu Chepor; Air Terjun Lata Peyel; Ulu Geruntum dan Sungai Jahang (Kinta); Air Terjun Batu Berangkai; Air Terjun Sungai Salu dan Sungai Sahom, Kuala Dipang (Kampar). – MGPerak

#MalaysiaGazettePerak #MGPerak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini