MGPerak: Dua Anggota Polis Salah Guna Dadah, Ketum Digantung Kerja

102

IPOH – Dua anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) Perak yang disyaki terlibat kes penyalahgunaan dadah dan ketum dalam serbuan sebuah premis di Tanjung Rambutan, Jumaat lalu telah dikenakan tindakan digantung kerja.

Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, penggantungan anggota berpangkat koperal dan koperal sokongan berusia 41 dan 39 tahun itu dikuatkuasa bermula hari ini sehingga siasatan selesai. – MGPerak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini