Penganjur program ERAT @ Kinta Riverwalk menyasarkan kehadiran sehingga 10,000 pengunjung dari dalam dan luar negeri pada sepanjang tempoh enam bulan pelaksanaan projek rintis itu.
Wakil Persatuan Komuniti Seniman Jalanan Perak, Mohd Asrulnai Zaini berkata, sasaran itu dilihat realistik berdasarkan sambutan memberangsangkan yang diterima sepanjang dua hari penganjuran siri pertama program berkenaan. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak #KintaRiverwalk #ERAT





