MGPerak: Projek Rintis ERAT Meriahkan Semula Kinta Riverwalk

36

Perak melancarkan program ‘ERAT @ Kinta Riverwalk’ bagi menghidupkan semula kawasan ruang awam di bandar raya ini yang dilihat mempunyai potensi besar sebagai lokasi aktiviti komuniti, seni, budaya dan ekonomi setempat.

Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Perak, Sandrea Ng Shy Ching berkata, projek rintis dalam tempoh enam bulan itu merupakan hasil kerjasama antara pejabatnya, Persatuan Komuniti Seniman Jalanan Perak dan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).

Katanya, pelaksanaan program juga akan dinilai daripada sudut keberkesanannya dalam mengembalikan kemeriahan kawasan Kinta Riverwalk yang sebelum ini sering menjadi kawasan tumpuan orang ramai, khususnya pelancong. – MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak #KintaRiverwalk #ERAT

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini