MGPerak: Gerik Megatrails Disasar Jadi Acara Antarabangsa Pelancongan Sukan Lasak

33

Program sukan lasak Gerik Megatrails 2025 melibatkan penyertaan pacuan empat roda (4×4) dan motocross ini menjadi antara tarikan pelancongan utama khususnya bagi peminat sukan permotoran untuk berkunjung ke daerah Hulu Perak.

Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Salbiah Mohamed berkata, program yang diadakan buat kali kedua ini adalah hasil kerjasama strategik Majlis Daerah Gerik (MDG) dan Kelab Pacuan Empat Roda Rimba Bara Gerik.

Menurutnya, program tersebut mencatatkan penyertaan hampir 190 kenderaan 4×4 dan lebih 700 peserta motocross dari seluruh negara, termasuk dari Pahang, Selangor, Pulau Pinang dan Perlis serta dari negara jiran, Thailand. -MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini