IPOH – Institusi pengajian tinggi (IPT) diseru supaya memberi tumpuan kepada usaha membentuk generasi muda sebagai warganegara dan pemimpin yang berintegriti kerana golongan tersebut adalah penentu kelangsungan masa depan negara.
Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Dr Johari Abdul berkata, universiti sebagai institusi yang mencorakkan masa depan negara perlu menyediakan program pembangunan kepimpinan dan nilai murni yang wajib diikuti oleh semua pelajar tanpa mengira bidang pengajian.
Menurutnya, golongan pendidik seperti profesor di universiti ialah penjaga masa depan negara dan mereka diseru untuk melabur dalam pembangunan generasi muda. -MGPerak
#mgperak #malaysiagazetteperak





