MGPerak: Jualan Tempoyak Raih Untung Hingga RM7,000 Semusim

51

TANJUNG MALIM – Penghasilan tempoyak bukan sahaja membantu mengurangkan lambakan durian ketika musim pengeluaran, malah mampu memberikan pulangan lumayan kepada pengusahanya dengan keuntungan mencecah hingga RM7,000 bagi setiap musim.

Pengusaha produk tempoyak, Rosni Malaysia Buyong, 63, berkata, perusahaan yang bermula sejak enam tahun lalu di Jalan Sungai Klah, Sungkai di sini, menjadi alternatif terbaik dan menguntungkan dalam memanfaatkan lambakan buah durian segar yang tidak terjual di pasaran.

Pesara guru itu berkata, pada sepanjang musim raja buah berkenaan, dia mampu menghasilkan kira-kira 10 kilogram tempoyak dalam sehari dengan hasil buahnya diambil dari kebun durian yang diusahakan. – MGPerak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini