TAPAH – Khidmat Tok Batin masyarakat Orang Asli akan digunakan bagi membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) Jaslinda Saludin, 49, yang dilaporkan hilang ketika menyertai aktiviti pendakian di Gunung Batu Putih dalam usaha memperluaskan pencarian di kawasan terlibat.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, setakat ini, semua pihak yang terlibat dalam operasi tersebut masih meneruskan usaha mengesan mangsa sejak dilaksanakan bermula Ahad lalu. -MGPerak





