IPOH – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah, pertumbuhan ekonomi negara perlu disemak semula sekiranya konflik Asia Barat berlarutan dan menjadi semakin serius.
Baginda bertitah, ekonomi negara diunjurkan berkembang sekitar empat hingga lima peratus bagi tahun ini namun unjuran dan harapan eknomi negara berubah selepas tercetusnya konflik Asia Barat sejak 28 Februari lalu.
Titah baginda, konflik di Asia Barat berpotensi mencetuskan krisis ekonomi dunia dalam tempoh sederhana hingga jangka panjang jika krisis tersebut berlanjutan. -MGPerak





