IPOH – Keadaan fizikal Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Jeli-Gerik mempunyai banyak selekoh merentasi kawasan bukit, ditambah faktor cuaca dan persekitaran, menyebabkan insiden kemalangan yang tinggi berlaku di laluan berkenaan.
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah, sepanjang tahun 2025 sahaja, laluan ini mencatatkan 413 insiden kemalangan; mengakibatkan 26 nyawa terkorban, di samping 27 orang mangsa mengalami cedera parah. -MGPerak





