Sesebuah negara memerlukan tadbir urus dan kestabilan politik yang baik kerana tanpa kedua-duanya, soal pembentukan masyarakat secara menyeluruh tidak mampu berkembang dengan sempurna.
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitiah, meskipun sesebuah negara itu kaya dengan sumber asli dan warisan budaya, namun ia tidak akan membawa manfaat sekiranya ditadbir dengan institusi kepimpinan yang lemah.
Titah baginda, lebih malang apabila negara dipimpin individu yang tidak bertanggungjawab, atau kuasa politiknya dikuasai oleh kepentingan diri berbanding khidmat kepada masyarakat. -MGPerak
#mgperak #malaysiagazetteperak #SultanPerak #kuasaadalahamanah





