Lembaga Air Perak (LAP) komited menjalankan pemantauan aset secara berkala bagi memastikan kelancaran operasi serta kualiti bekalan air kepada pengguna di seluruh negeri ini termasuk di Loji Rawatan Air (LRA) Manong.
Exco Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, selain itu, LAP akan mengkaji mutu air sepertimana yang termaktub dalam garis panduan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN). -MGPerak
#mgperak #malaysiagazetteperak #LembagaAirPerak #LRAManong





