MGPerak: Lebih 800 Syarikat Beroperasi di Perak Memiliki Pensijilan Halal JAKIM

244

IPOH – Lebih 800 syarikat yang beroperasi di Perak telah memperoleh pensijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), menurut Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad.

Saarani berkata, kesemua 800 syarikat yang menerima pensijilan halal berkenaan merangkumi skim-skim Pensijilan Halal Malaysia meliputi pengilangan produk makanan, farmaseutikal, peranti perubatan, kosmetik, rumah sembelihan dan beberapa sektor yang lain.

Menurut Saarani, industri halal terus berkembang pesat, bukan sahaja di Malaysia, malah di seluruh dunia di mana pasaran global halal dijangka mencecah hampir RM23 trilion (AS$5 trilion) menjelang 2030. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini