Program Anak Angkat Pengguna Siswa @ Batu Kurau menjadi platform kepada mahasiswa institusi pengajian tinggi awam dan swasta (IPTA/IPTS) untuk merapatkan jurang antara mereka dan masyarakat akar umbi serta mempupuk semangat perpaduan dalam kalangan peserta terdiri daripada pelbagai kaum.
Empat elemen utama diterapkan dalam program tersebut meliputi isu kepenggunaan, pembangunan komuniti luar bandar, penerokaan budaya serta pemerkasaan perpaduan melalui interaksi antara bangsa. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak #ProgramAnakAngkatPenggunaSiswa





