MGPerak: NR-REE: Jawatankuasa Geopark Sedia Beri Kerjasama Penuh

216

LENGGONG – Jawatankuasa Geopelancongan Lenggong Geopark sedia memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa jika berlakunya aktiviti perlombongan haram unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE) di daerah Hulu Perak.

Pengerusinya, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah berkata, jawatankuasa berkenaan bertanggungjawab membantu kerajaan negeri untuk memantau dan memelihara khazanah warisan sedia ada di daerah Hulu Perak termasuk Lenggong supaya kawasan tersebut tidak terjejas akibat aktiviti perlombongan haram itu.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan jawatankuasa terbabit tidak ada peranan khusus berkaitan perkara itu namun jika ada maklumat mereka akan melaporkannya kepada pihak berkuasa. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini