Seorang pemandu lori didenda RM8,000 di Mahkamah Majistret Sungai Siput, pada Isnin atas pertuduhan memindahkan 18 ekor lembu ternakan tanpa kebenaran di Kuala Kangsar, pada Mei lalu.
Majistret Nazratul Natrah Mohd Yusof menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhammad Fauzan Razali, 27, yang juga selaku Orang Kena Saman (OKS) selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan dibacakan. -MGPerak
#mgperak #malaysiagazetteperak #pemandulori


