Polis menahan tiga individu disyaki terlibat dalam aktiviti membekalkan telefon bimbit dan kad sim kepada sindiket penipuan atas talian menerusi serbuan di sebuah kondominium di Bandar Baru Medan di sini, pada Jumaat lalu.
Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata, serbuan dilakukan sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak pada jam 1.20 tengah hari.
Katanya, tiga suspek berusia 27 hingga 58 tahun ditahan membabitkan seorang wanita tempatan serta seorang lelaki dan seorang wanita masing-masing warganegara China. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak #sindiketscammer





