IPOH – Persatuan Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PPTD) telah melaksanakan penstrukturan semula organisasi di peringkat cawangan mengikut negeri bagi memperkukuh penyelarasan dasar, meningkatkan kecekapan pengurusan serta menghapuskan budaya kerja secara silo antara perkhidmatan negeri dan Persekutuan.
Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim berkata, sebelum ini gerak kerja persatuan di peringkat negeri dilaksanakan berdasarkan pembahagian zon geografi, namun pendekatan tersebut telah ditambah baik menerusi struktur baharu yang lebih holistik. – MGPerak





