IPOH – Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) perlu bijak dalam mengimbangi keperluan rakyat dengan pematuhan terhadap undang-undang serta prinsip tadbir urus yang baik bagi memastikan penyampaian perkhidmatan kerajaan terus berkesan.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, rakyat sentiasa mengharapkan penyelesaian, keputusan yang pantas dan perkhidmatan yang mudah.
Pada masa sama, beliau berkata, kerajaan bertanggungjawab memastikan setiap tindakan dilaksanakan mengikut peraturan dan prosedur yang ditetapkan. – MGPerak





