Rancangan pembukaan kawasan perindustrian berteknologi tinggi di Kerian seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2024 semalam akan membantu mempercepatkan projek pembinaan loji rawatan air (LRA) di Utara Perak sebagaimana yang dicadangkan kerajaan negeri sebelum ini.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata projek pembinaan LRA itu dilihat penting kerana ia bagi menampung keperluan bekalan air baik untuk sektor industri mahupun pengairan kawasan-kawasan pertanian. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak