Pengunjung Big Bad Wolf Ipoh 2026 berpeluang membawa pulang hadiah cabutan bertuah berupa bar emas premium Valcambi seberat 10 gram pada acara pesta buku itu yang dijadualkan berlangsung di pusat beli-belah AEON BiG Falim, di sini, selama 11 hari bermula 3 Julai depan.
Pengurus Kanan Penajaan, Kerjasama Strategik dan Perhubungan Awam Big Bad Wolf Books (Big Bad Wolf) Sdn Bhd, Chloe Lim Sooi Yee berkata, hadiah utama itu ditawarkan menerusi beberapa kempen khas termasuk ‘Spend and Win’ dan ‘Snap and Win’ yang terbuka kepada semua pengunjung. -MGPerak
#mgperak #malaysiagazetteperak #BigBadWolfIpoh #pestabuku





