Sebanyak sembilan daripada 15 siri Program Jelajah Sejahtera Desaku berjaya dianjurkan setakat dalam usaha Kerajaan Perak mendekati komuniti luar bandar merentasi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).
Exco Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Negeri Perak, Datuk Mohamad Zolkafly Harun berkata, program yang memasuki siri kesembilan itu itu berlangsung di DUN Manong pada Sabtu sebelum diteruskan di DUN Alor Pongsu esok.
Menurut beliau, siri jelajah berkenaan dijangka berakhir di DUN Kenering selepas melengkapkan keseluruhan 15 lokasi yang dirancang. -MGPerak
#mgperak #malaysiagazetteperak #ProgramJelajahSejahteraDesaku





