IPOH – Bergelar wanita bekerja dan seorang ibu bukanlah tugas mudah namun tanggungjawab yang digalas mampu dipenuhi jika mendapat sokongan keluarga.
Penerima Anugerah Inspirasi Ibu sempena Sambutan Hari Ibu Peringkat Negeri Perak Tahun 2026, Deputi Superitendan Nirmala Arumugam berkata, kejayaan yang diterimanya itu merupakan penghargaan di atas sokongan semua pihak terutamanya ahli keluarga beliau.
Ibu kepada lima cahaya mata itu juga berkata, dia akan terus memberikan sumbangan kepada masyarakat selagi berada di dalam perkhidmatan awam serta selepas berpencen. – MGPerak





