Tiga rakan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh, pada Jumaat atas pertuduhan terlibat dalam kejadian samun bersenjata di sebuah kedai runcit di Taman Klebang Ria, Chemor pada 31 Mei lalu.
Tertuduh, S. Barani Tharan, 33; Yuvaneswara, 30; dan M. Suntaresswaran, 28, masing-masing membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibacakan serentak di hadapan Hakim Ainul Shahrin Mohamad.
Mengikut pertuduhan, ketiga-tiga tertuduh didakwa melakukan rompakan berkumpulan menggunakan senjata parang ke atas harta milik Phon Tuck Kei, 34, iaitu wang tunai RM850, sebuah tab jenama Redmi serta sebuah telefon bimbit jenama Vivo. -MGPerak
#mgperak #malaysiagazetteperak #samunbersenjata





