IPOH – Kesedaran terhadap kepentingan mengamalkan gaya hidup sihat terus diperkasakan menerusi penganjuran pelbagai aktiviti kecergasan yang bukan sahaja membantu meningkatkan tahap kesihatan, malah menjadi platform untuk menyatukan masyarakat tanpa mengira usia dan kaum.
Selaras dengan usaha itu, seramai 225 peserta menyertai program Fitsquad ZumbaFest Groove and Glow 2.0 Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Kinta yang berlangsung di Dewan Bandar Baru Tambun di sini hari ini.
Ketua Whip Ahli Majlis Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), Datuk Mazlan Abd Rahman berkata, program tersebut merupakan kesinambungan siri pertama yang diadakan di Kampung Kepayang, namun kali ini ia dilaksanakan ke kawasan DUN Hulu Kinta bagi memudahkan penyertaan penduduk setempat. – MGPerak






