Maritim Kuala Kurau rampas 70 bubu naga di Pulau Sangga Besar

PARIT BUNTAR – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Kuala Kurau, berjaya merampas 70 unit bubu naga yang dipercayai dipasang secara haram dalam dua operasi penguatkuasaan berasingan berhampiran perairan Pulau Sangga Besar dekat Kuala Kurau semalam.

Pengarah Maritim Zon Kuala Kurau, Komander Maritim Mohd Hairil Othman berkata, operasi pertama yang dijalankan sekitar jam 1 petang telah menemukan dan merampas 40 unit bubu naga yang ditinggalkan tanpa pengawasan.

Menurutnya, susulan pemeriksaan kedua yang dilaksanakan kira-kira jam 2.15 petang di lokasi berhampiran, pasukan penguat kuasa telah menemukan 30 unit bubu naga menjadikan jumlah keseluruhannya sebanyak 70 unit bubu naga.

“Hasil pemeriksaan awal mendapati, kesemua bubu naga tersebut dipercayai digunakan tanpa kebenaran Ketua Pengarah Perikanan Malaysia, sekali gus disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985.

“Kesemua peralatan yang dirampas telah dibawa ke Ibu Pejabat Maritim Zon Kuala Kurau untuk diserahkan kepada Pegawai Penyiasat bagi tujuan siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau menegaskan bahawa Maritim Malaysia memandang serius penggunaan peralatan menangkap ikan yang tidak dibenarkan kerana aktiviti tersebut bukan sahaja melanggar undang-undang, malah boleh menjejaskan kelestarian sumber perikanan serta ekosistem marin negara. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Maritim Kuala Kurau rampas 108 bubu naga di perairan Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI