MOF sudah daftar cadangan bina lebuh raya Tanjung Malim-Lumut – Saarani

PARIT BUNTAR – Perak mengesahkan Kementerian Kewangan (MOF) telah mendaftarkan cadangan pembinaan sebuah lebuh raya baru di negeri itu yang menghubungkan antara Tanjung Malim di Daerah Muallim dengan Lumut.

Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad, bagaimanapun tidak mendedahkan secara terperinci tentang perkara itu kerana ia masih berada di peringkat awal.

Katanya, cadangan pembinaan lebuh raya itu sebagai pelengkap kepada perancangan pembangunan Bandar Perindustrian Maritim Lumut (LuMIC) yang dijangka menarik nilai pelaburan RM3.2 billion.

lebuh raya Tanjung Malim Muallim Lumut Perak Saarani menteri besar pelaburan Kementerian Kewangan MOF LuMIC
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berucap pada Majlis Perasmian Loji Janakuasa Tenaga Solar Berkapasiti 50 Megawatt (MW) dan Majlis Penyerahan Surat Tawaran Pinjaman Perumahan Perak Sejahtera (PPPS) di solar berskala besar (LSS4), Parit Buntar, hari ini. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 16 APRIL 2024.

“Jika produk-produk yang dihasilkan (di LuMIC) dihantar ke Pelabuhan Klang di Selangor, ia akan mengalami kesesakan. Justeru itu, kita mahu memperkasakan Lumut Port.

“Kita pun sudah melancarkan Terminal Maritim Lumut (LMT) 2 baru-baru ini, yang mana kita mahu semua produk yang kita hasilkan termasuk dari Lembah Berteknologi Tinggi Automotif (AHTV) di Tanjung Malim, perlu melalui pelabuhan di Lumut Port.

“Oleh sebab itu, kita memerlukan sebuah lebuh raya baru bagi jangka usaha jangka masa panjang,” katanya.

lebuh raya Tanjung Malim Muallim Lumut Perak Saarani menteri besar pelaburan Kementerian Kewangan MOF LuMIC
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad (tengah) merasmikan Loji Janakuasa Tenaga Solar Berkapasiti 50 Megawatt (MW) di solar berskala besar (LSS4), Parit Buntar, hari ini. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 16 APRIL 2024.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Perasmian Loji Janakuasa Tenaga Solar Berkapasiti 50 Megawatt (MW) dan Penyerahan Surat Tawaran Pinjaman Perumahan Perak Sejahtera (PPPS) di sini, pada Selasa.

Hadir sama, Pegawai Kewangan Negeri Perak, Datuk Mohd Zaki Mahyuddin; Exco Pelancongan, Perindustrian, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Negeri, Loh Sze Yee, serta Exco Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Negeri, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad hadir ke Majlis Perasmian Loji Janakuasa Tenaga Solar Berkapasiti 50 Megawatt (MW) dan Majlis Penyerahan Surat Tawaran Pinjaman Perumahan Perak Sejahtera (PPPS) di solar berskala besar (LSS4), Parit Buntar, hari ini. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 16 APRIL 2024.

Dalam pada itu, ujar Saarani, pendaftaran daripada MOF terhadap cadangan berkenaan adalah susulan lawatan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Perak Mac lalu.

Kata beliau, melalui satu pertemuan, Perak menyenaraikan 10 cadangan atau permohonan pelaksanaan projek kepada Anwar untuk dipertimbangkan di peringkat Persekutuan.

Saarani berkata, selain projek lebuh raya Tanjung Malim-Lumut, kerajaan negeri turut mengemukakan cadangan lain termasuk projek pengairan sumber air Sungai Perak ke Kerian sebagai usaha mengatasi masalah kekerapan kemarau di Utara Perak.

lebuh raya Tanjung Malim Muallim Lumut Perak Saarani menteri besar pelaburan Kementerian Kewangan MOF LuMIC
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad (tengah) merasmikan Loji Janakuasa Tenaga Solar Berkapasiti 50 Megawatt (MW) di solar berskala besar (LSS4), Parit Buntar, hari ini. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 16 APRIL 2024.

“Kita mahu projek lebuh raya ini dapat dibina dalam tempoh yang sama dengan pembangunan AHTV agar sebaik sahaja kilang-kilang beroperasi, produk yang dihasilkan dapat dihantar terus melalui lebuh raya baru itu nanti.

“Kita difahamkan Kementerian Kewangan telah mendaftarkan cadangan projek lebuh raya itu sebagai projek keutamaan dan selepas ini, Unit Perancang Ekonomi Negeri akan mengkaji dari segi pelaksanaannya.” kata beliau lagi. -MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Projek pembinaan lebuh raya WISE diluluskan Kabinet

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI