NAFAS, NEKMAT anjur e-sukan tarik belia ke HPPNK

IPOH – Pertandingan Sukan Elektronik (e-sukan) anjuran Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) dan Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) berjaya menarik 30 pasukan terdiri daripada 150 peserta sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Kebangsaan (HPPNK) Tahun 2023.

Pertandingan yang diadakan di reruai Agro Millenia itu berlangsung selama tiga hari mulai hari ini sehingga Ahad di Bulatan Sultan Azlan Shah, Bandar Meru Raya, di sini.

Pengurus Besar NAFAS, Muhammad Faris Arriffin berkata, penganjuran pertandingan e-sukan bukan sahaja disertai orang Perak tetapi turut menarik minat peserta dari Lembah Klang bagi merebut hadiah terkumpul berjumlah RM10,000 berserta trofi dan sijil penyertaan.

“Penganjuran pertandingan Mobile Legends ini diadakan secara liga dan orang ramai turut boleh bermain Fifa 2024 PS5 (PlayStation 5) secara santai di reruai e-sukan di sini.

“Dengan penyertaan 150 orang melibatkan 30 pasukan, saya kira ini satu penyertaan di luar jangkaan hingga ada penyertaan yang terpaksa ditolak,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di reruai Agro Milenia sempena perasmian Pertandingan e-sukan di reruai Agro Millenia di Bulatan Sultan Azlan Shah, di sini, pada Jumaat.

NAFAS, NEKMAT anjur e-sukan, tarik belia berkunjung ke HPPNK
Pengurus Besar NAFAS, Muhammad Faris Arriffin melihat peserta Pertandingan e-sukan anjuran Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) dan Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) ketika hadir pada Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2023 di Bulatan Sultan Azlan Shah Meru Raya. Foto ABDULLAH YUSOF, 10 NOVEMBER 2023

Gimik perasmian disempurnakan Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Chan Foong Hin.

Dalam pada itu, Muhammad Faris berkata, pertandingan e-sukan adalah antara tarikan terbaharu bagi menggalakkan golongan belia berkunjung ke HPPNK.

“Menerusi pertandingan itu, golongan belia yang hadir secara tidak langsung dapat didedahkan dengan maklumat serta pengetahuan berkaitan industri pertanian dan dasar sekuriti makanan negara,” ujarnya.

Katanya, berdasarkan rekod, keahlian sebagai ahli peladang dan persatuan nelayan bagi usia di bawah 40 tahun ketika ini, tidak sampai 15 peratus.

“Kita lihat ahli peladang dan persatuan nelayan kebanyakkannya membabitkan golongan 40 tahun ke atas sekitar 60 ke 70 peratus.

“Berdasarkan sambutan ini, tidak mustahil untuk kita gunakan strategi sama sebagai tarikan utama golongan muda.

“Ini selari dengan matlamat NAFAS dan NEKMAT bersungguh-sungguh membantu kerajaan supaya kumpulan belia ini terus didedahkan dengan pengetahuan baru berkaitan industri pertanian dan timbul minat mendaftar sebagai ahli peladang atau persatuan nelayan,” jelasnya.

NAFAS, NEKMAT anjur e-sukan, tarik belia berkunjung ke HPPNK
Peserta pertandingan e-sukan sedang menunjukkan aksi bermain Mobile Legends pada pertandingan anjuran Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) dan Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) ketika hadir pada Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2023 di Bulatan Sultan Azlan Shah Meru Raya. Foto ABDULLAH YUSOF, 10 NOVEMBER 2023

Sementara itu, salah seorang peserta Mohd Shahrezza Zainudin, 30, sanggup meredah perjalanan sejauh 130 kilometer dari Gerik ke Ipoh bagi menyertai pertandingan tersebut bersama empat rakan sepasukannya yang lain.

Dia yang meminati e-sukan sejak 2019 berkata, bagi menyertai pertandingan yang diketahuinya melalui Facebook, dia bersama rakan-rakannya membentuk pasukan yang digelar sebagai ‘The Last Minute’.ebook dan menyertai empat yang lain untuk membentuk kumpulan ‘The Last Minute’.

“Bagi saya penganjuran pertandingan seperti ini merupakan pendekatan baik khususnya kepada orang muda kerana menjadi tarikan belia untuk datang ke program seperti ini.

“Selain itu, kami dapat pengetahuan baru berkaitan industri pertanian negara kita, inisiatif seperti ini perlu diteruskan dalam program-program kerajaan yang lain,” katanya.

Seorang lagi peserta, Shawn Jeremiah 18, berkata, beliau meminati sukan elektronik itu sejak berusia 11 dan sering memasuki pertandingan secara atas talian.

Dia yang berasal dari Tanjung Rambutan itu, menyimpan cita-cita mahu menjadi pemain e-sukan secara profesional kerana sukan ini boleh dijadikan sebagai kerjaya.

“Pada mulanya ibu bapa saya tidak menyokong minat saya, namun apabila mereka melihat saya serius mereka memberi galakan untuk saya meneruskannya,” ujarnya. – MG Perak

BACA SELANJUTNYA:

MGPerak: HPPNK Penghargaan Kerajaan Kepada Pengeluar Makanan

HPPNK 2023: Lebih 200,000 pengunjung direkodkan

MGPerak: NAFAS, NEKMAT Anjur E-Sukan Tarik Belia Ke HPPNK

MGPerak: NAFAS, NEKMAT Anjur E-Sukan Tarik Belia Ke HPPNK

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI