Peka keselamatan kanak-kanak, elak jadi mangsa jenayah

GERIK – Anggota keluarga dan masyarakat diminta untuk lebih peka terhadap keselamatan kanak-kanak bagi mengelakkan mereka daripada menjadi mangsa jenayah seperti pengabaian atau hilang.

Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Salbiah Mohamed berkata, ini kerana semua pihak harus bertanggungjawab melindungi golongan yang disifatkan sebagai khazanah negara itu.

“Fenomena ini amat tidak sihat sekiranya ia berterusan berlaku. Dan oleh sebab itu, kesedaran dalam institusi keluarga mahupun masyarakat perlu dititik beratkan.

“Saya amat berharap ketika ini semua pihak khususnya ibu bapa untuk lebih peka akan keselamatan anak-anak supaya mereka senantiasa dijaga dengan baik.

“Dan daripada pihak kerajaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kita sentiasa mengambil langkah-langkah perlu bagi memastikan tiada sebarang insiden tidak diingini berlaku di premis kita seperti Taska,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada program Inisiatif Eco-Scribes: Wartawan Muda untuk Pemulihan Sungai di Dataran Loma, di sini, pada Sabtu.

Program anjuran bersama Perbadanan Menteri Besar Perak (MB Inc.) dan Green Growth Asia Foundation (GGAF) itu disertai 80 pelajar dari empat sekolah iaitu SK Bongor, SJKC Kuala Rui, SMK Batu 4 dan SMK Bersia Felda.

Hadir sama, Pegawai Daerah Hulu Perak, Mohd Zairasyahli Shah Zakaria; Penolong Pengarah Hal Ehwal Murid Sektor Pembangunan Murid di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Izlin Hani Mohamed Mokhtar serta Pengurus Besar Komunikasi Korporat Strategik MB Inc., Siti Kamesah Bee Mohd Hashim.

kanak-kanak hilang jenayah keluarga masyarakat peka kanak-kanak perak exco perak salbiah kanak-kanak hilang jenayah keluarga masyarakat peka kanak-kanak perak exco perak salbiah kanak-kanak hilang jenayah keluarga masyarakat peka kanak-kanak perak exco perak salbiah
Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Salbiah Mohamed bergambar bersama perserta program Inisiatif Eco-Scribes: Wartawan Muda untuk Pemulihan Sungai di Dataran Loma. foto AMIRRUL RABBANI RASHID, 9 DISEMBER 2023.

Dalam pada itu, Salbiah berkata, walaupun tiada sebarang kes jenayah yang serius melibatkan kanak-kanak di Perak setakat ini, namun masyarakat diminta untuk menggembleng tenaga bagi memastikan ia tidak terus berlaku.

“Jika kita melihat ada kanak-kanak yang bergelandangan dan sebagainya, anggota masyarakat harus mengambil tindakan yang sewajarnya dan memastikan nasib kanak-kanak ini dapat terus dibela bersama,” katanya lagi.

Media sebelum ini melaporkan sebanyak 710 kes kanak-kanak di bawah umur 18 tahun di seluruh negara dilaporkan hilang bermula Januari sehingga November tahun ini.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Bukit Aman, Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan berkata, daripada jumlah tersebut, seramai 634 orang telah dijumpai semula sementara 76 orang kanak-kanak masih belum ditemui sehingga kini. -MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Kes penderaan kanak-kanak di Perak meningkat bagi tempoh 3 tahun

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI