Peniaga harap proses pemberian bantuan dipermudahkan

IPOH – Usahawan, peniaga dan penggiat industri kecil dan sederhana (IKS) berharap kerajaan negeri akan memudahkan proses urusan pemberian bantuan kepada golongan tersebut seperti diumumkan dalam Belanjawan Perak 2024.

Kerajaan negeri juga komited untuk terus membantu menyediakan pelbagai kemudahan kepada peniaga kecil dan penjaja agar kelangsungan perniagaan dan punca pendapatan mereka dapat terus diupayakan.

Pengusaha Kahawa Coffee, Abdul Razak Mohd Sanib, 33, berkata, usaha kerajaan negeri yang ditunjukkan sangat membantu terutamanya kepada peniaga kecil.

“Bagi saya baguslah dana yang diberikan kepada kita peniaga kecil ini untuk mengembangkan lagi perniagaan yang sedia ada.

“Kalau boleh agensi yang terbabit permudahkan urusan untuk mengagihkan dana yang ada kepada kami supaya membolehkan kami menjalani proses seterusnya untuk membeli barang kelengkapan bagi meluaskan perniagaan sedia ada,” katanya ketika ditemui MG Perak, di Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz, di sini.

Peniaga harap proses pemberian bantuan dipermudahkan
Peniaga, Nurul Izzati Abdul Ghani, 31, ketika ditemubual MG Perak di Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF.

Bagi, Nurul Izzati Abdul Ghani, 31, yang baru berjinak-jinak mengusahakan gerai kopi berkata, inisiatif yang disediakan kerajaan negeri amat membantu usahawan muda yang masih tercari-cari ruang dan peluang untuk memulakan perniagaan.

“Saya rasa gembira dengan inisiatif yang diberikan kerana memberi peluang kepada peniaga kecil untuk meluaskan perniagaan dan saya harap saya dapat geran itu nanti,” katanya yang mengusahakan gerai Bagi Rasa sejak Februari lalu.

Peniaga harap proses pemberian bantuan dipermudahkan
Peniaga Kanji, Muhamad Izul Adli, 24, ketika ditemubual MG Perak di Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 2 DISEMBER 2023.

Sementara itu, Muhamad Izul Adli, 24, mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri di atas keprihatinan dalam membantu usahawan muda

Bagaimanapun, dia berharap bantuan yang disediakan itu akan memberi manfaat kepada usahawan benar-benar memerlukan.

“Terima kasih kepada kerajaan negeri kerana memberi peruntukan kepada usahawan muda untuk membesarkan perniagaan mereka,” ujarnya.

Pada pembentangan Belanjawan Perak 2024, kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM1.3 juta kepada Sekretariat Usahawan Negeri Perak (STeP) sebagai usaha menyokong pembangunan usahawan termasuk usahawan belia.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, menerusi peruntukan itu, antara program yang dirancang adalah Jelajah Hari Usahawan dan Koperasi Negeri Perak 2024. – MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN:

Belanjawan Perak 2024: RM1.3 juta untuk STeP sokong usahawan

Perak berpotensi jadi hab pengeluaran kopi

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI