Peniaga sorok dan jual minyak masak paket kepada warga asing

IPOH – Seorang peniaga tempatan didapati menyorok dan menjual bekalan minyak masak paket kepada warga asing di di salah sebuah premis perniagaan runcit di Desa Chepor Indah, Chemor, di sini.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak, Datuk Kamalludin Ismail berkata, perbuatan peniaga wanita berkenaan berjaya dikesan pihak KPDN Perak melalui Ops Samar yang dijalankan pada Ahad.

Menurut beliau, serbuan yang dijalankan kira-kira pukul 12.04 tengah hari itu dijalankan hasil daripada aduan orang awam bahawa peniaga terbabit enggan menjual minyak masak paket kepada warga tempatan sebaliknya menjual kepada warga asing.

“Satu tindakan penyamaran melalui Ops Samar telah dilakukan oleh Pegawai Penguat Kuasa KPDN di mana pegawai terbabit menyamar sebagai pembeli tempatan.

“Pegawia berkenaan kemudiannya melakukan uji beli minyak masak paket, tetapi peniaga tersebut memaklumkan bahawa minyak masak sudah habis dijual,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Mengulas lanjut, Kamalludin berkata, curiga dengan kenyataan peniaga tersebut, sepasukan PenguatKuasa KPDN Perak telah bertindak melakukan pemeriksaan menyeluruh ke atas kedai runcit tersebut.

Ujar beliau, hasil pemeriksaan yang dijalankan berjaya menemui sebanyak lima kotak minyak masak paket satu kilogram (kg) yang diletakkan tepi kaunter dan di bahagian belakang premis.

“Seorang wanita tempatan berumur 37 tahun yang mengaku sebagai pemilik premis gagal memberikan jawapan jelas kenapa
minyak tersebut tidak dijual kepada pembeli, malah memaklumkan bahawa minyak masak telah habis apabila diminta.

“Pemantauan yang dilakukan ke atas premis juga mendapati kedai runcit yang beroperasi bermula pukul 8 pagi hingga 9 malam ini sering dikunjungi oleh warga asing,” katanya.

Tambah beliau, sehubungan itu, tindakan sitaan telah dilakukan ke atas barang kawalan tersebut iaitu sebanyak 90 paket minyak minyak masak satu kg serta salinan lesen runcit barang kawalan (CSA), Salinan lesen pendaftaran syarikat (SSM) dan dokumen yang berkaitan.

Beliau berkata nilai sitaan dianggarkan berjumlah RM225 dan kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana disyaki melakukan kesalahan dibawah Seksyen 16A(1)(b) iaitu enggan menjual barang kawalan kecuali dengan kebenaran Pengawal atau mana-mana pengawal bekalan yang diberi kuasa oleh Pengawal secara bertulis.

“Jika sabit kesalahan seseorang selain dari badan korporat boleh didenda tidak melebihi tiga tahun penjara atau kedua-duanya, manakala bagi badan korporat yang melakukan suatu kesalahan terhadap akta ini apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM2 juta.

Peringatan tegas juga diberikan kepada para peniaga agar tidak mengenakan apa-apa syarat bagi pembelian barang “kawalan dan tidak menyorok barang kawalan bagi mengelak dikenakan tindakan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya. -MG Perak

Artikel Berkaitan:

Dua lelaki ditahan bersama 5,000 liter diesel bersubsidi

 

 

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI