Perak bantu golongan ibu hadapi isu ‘parental burnout’

IPOH – Kerajaan Negeri Perak sentiasa memberi perhatian terhadap isu ‘Parental Burnout’ atau gejala yang mampu menyebabkan golongan ibu mengalami keadaan keletihan yang melampau.

Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Salbiah Mohamed berkata, kajian lapangan yang dijalankan Universiti Malaysia (USM) mendapati Perak turut merekodkan isu ‘Parental Burnout’ yang tinggi.

Menurut beliau, kajian dengan tujuan mengenal pasti sama ada ibu bapa di Perak mengalami gejala berkenaan atau tidak turut membantu kerajaan negeri melihat inisiatif yang dapat dilaksanakan bagi membantu golongan tersebut berkenaan.

“Seperti saya maklumkan di bawah SPW (Sekretariat Pembangunan Wanita dan Masyarakat) kita membuat kajian lapangan melalui kaji selidik yang dibuat oleh USM.

“Kajian ini adalah untuk kita dapatkan dapatan bagaimana peranan ibu bapa membentuk kepimpinan anak-anak dan daripada hasil kajian itu kita kenal pasti apakah ibu di Perak mengalami ‘burnout’,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir ke Sambutan Hari Ibu Peringkat Negeri Perak 2026 di Dewan Bankuet Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini, pada Khamis.

Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Salbiah Mohamed berucap pada Sambutan Hari Ibu Peringkat Negeri Perak 2026 di Dewan Bankuet Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF 21 MEI 2026.

Tambah Salbiah, dapatan kajian yang dijalankan itu menunjukkan bahawa jumlah golongan ibu di negeri yang terlibat dalam masalah ‘parental bunrout’ agak tinggi.

“Jadi melalui kajian itu memang ada sedikit tinggi (parental burnout). Maknanya dari segi emosi mungkin kebanyakkan ibu-ibu di Perak ini bekerja.

“Jadi dia bekerja dan menjadi seorang ibu yang mempunyai perasaan bersalah tidak dapat memenuhi (peranan) dan menyebabkan berlakunya ‘burnout’,” katanya.

Salbiah berkata, pihaknya sedang meneliti kerjasama yang dapat dijalankan bersama rakan strategik seperti agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) dan SPW.

“Kita juga mempunyai program sedia ada seperti Naungan Kasih yang kita lakukan untuk menanggani isu ini.

“Itu antara yang kita lakukan kerana apabila ibu dari segi fizikal dan emosi dijaga dengan baik maka kita akan dapat kurangkan masalah sosial yang ada dan membangunkan negeri dalam acuan yang ingin kita bentuk,” katanya. -MG Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI