Perak pelopori makmal analisis mineral pertama di Malaysia

GOPENG – Kerajaan negeri Perak melalui Perbadanan Menteri Besar (MB Inc) Perak mencipta sejarah dengan penubuhan makmal komersial pertama di Malaysia iaitu Terra Mineral Lab Sdn Bhd dan Pusat Kecemerlangan Penyelidikan Mineral (CoE) bernilai RM12 juta di kawasan Perindustrian Gopeng, di sini.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, makmal ini yang beroperasi sejak September lalu itu membuktikan kedudukan Perak sebagai pelopor dalam industri mineral negara.

Menurutnya, ia bukan sekadar sebuah fasiliti biasa malah menjadi mercu tanda komitmen negeri ini dalam memajukan industri mineral khususnya dalam bidang nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE).

“Dilengkapi dengan teknologi bertaraf dunia, TML berupaya menganalisis, mengenal pasti, dan menentusahkan kandungan mineral, khususnya NR-REE dengan ketepatan yang tinggi.

“Kini, TML sedang dalam proses mendapatkan akreditasi MS ISO/IEC 17025 daripada Jabatan Standard Malaysia, sebagai langkah pertama yang akan mengiktirafnya sebagai makmal komersial utama negara dalam analisis mineral.

Perak pelopori makmal analisis mineral pertama di Malaysia
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad merasmikan Terra Mineral Lab (TML) dan Pusat Kecemerlangan Penyelidikan Mineral di Perkarangan Pejabat TML Gopeng, Perak. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 3 OKTOBER 2024.

“TML yang dikendalikan oleh 15 pakar tempatan, termasuk ahli kimia kanan, ahli kimia, dan penolong ahli kimia adalah hasil daripada program kerjaya yang dianjurkan oleh Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK).

“Ini membuktikan komitmen kerajaan negeri dalam membangunkan bakat tempatan dan mewujudkan peluang pekerjaan berkualiti tinggi untuk anak-anak Perak,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Terra Mineral Lab (TML) dan Pusat Kecemerlangan Penyelidikan Mineral di sini, pada Khamis.

Hadir sama, Exco Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Perak, Teh Kok Lim dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar (MB Inc), Anuar Zainal Abidin.

Dalam pada itu, Saarani memaklumkan seiring dengan penubuhan TML, kerajaan negeri turut melancarkan CoE sebagai sebahagian strategi memperkasa agenda Perlombongan Bertanggungjawab.

“Kerjasama strategik dengan Institut Darul Ridzuan (IDR) dan institut penyelidikan terkemuka tempatan seperti Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Sains Malaysia (USM) akan memastikan Perak sentiasa berada di barisan hadapan dalam inovasi dan penyelidikan mineral.

Perak pelopori makmal analisis mineral pertama di Malaysia
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad pada sesi lawatan ketika hadir pada Majlis Perasmian Terra Mineral Lab (TML) dan Pusat Kecemerlangan Penyelidikan Mineral di Perkarangan Pejabat TML Gopeng, Perak. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 3 OKTOBER 2024.

“Inisiatif-inisiatif ini adalah langkah strategik Kerajaan Negeri dalam merealisasikan agenda Perlombongan Bertanggungjawab di bawah Pelan Perak Sejahtera 2030.

“Menerusi kewujudan  TML dan CoE, Perak bakal menyaksikan lonjakan besar dalam sektor mineral, sekaligus menjadi pemangkin kepada kemajuan dan kesejahteraan rakyat,” jelasnya. – MG Perak

Analisis Berkaitan:

Makmal analisis NR-REE, Terra Mineral Lab mula operasi September – Saarani

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI