Perpaduan dalam kepelbagaian asas bina Malaysia lebih sejahtera – Kit Siang

IPOH – Perpaduan dalam kepelbagaian kaum, agama dan budaya perlu terus menjadi asas dalam membina sebuah Malaysia yang lebih sejahtera, kata pemimpin veteran DAP, Tan Sri Lim Kit Siang.

Beliau berkata, semangat kemerdekaan tidak seharusnya dilihat hanya dari sudut sejarah pembentukan negara, sebaliknya perlu diterjemahkan melalui usaha berterusan memperkukuh hubungan antara rakyat tanpa mengira latar belakang.

Justeru, kata beliau, bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan rakyat perlu kembali menghayati cita-cita pembentukan sebuah negara yang menyatukan semua kaum sebagai rakyat Malaysia

“Tidak lama lagi kita akan meraikan 69 tahun kemerdekaan negara. Walaupun kita sudah merdeka 69 tahun, kita perlu ingat (sedar) adakah kita ‘Malaysian First’, atau (hanya memikirkan satu-satu kaum) Cina, Melayu atau India (sahaja).

“Impian kita apa? Impian kita adalah ‘unity in diversity’ (‘perpaduan dalam kepelbagaian). Kita pelbagai keturunan, pelbagai agama, pelbagai kaum, pelbagai kebudayaan tetapi kita bersatu padu,” katanya.

perpaduan dalam kepelbagaian perpaduan rakyat Malaysia, perpaduan kaum Malaysia, perpaduan masyarakat, unity in diversity Malaysia Lim Kit Siang perpaduan Impian Malaysia perpaduan kaum dan agama Malaysia First semangat perpaduan rakyat Malaysia
Veteran ahli politik DAP, Tan Sri Lim Kit Siang berucap pada Majlis Makan Malam Ulang Tahun Ke-60 DAP di Taman Mas, Buntong, Ipoh, pada Ahad. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 09 OGOS 2026.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Ulang Tahun Ke-60 DAP di Buntong, di sini, pada Ahad.

Hadir sama, Pengerusi DAP Perak merangkap Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming serta Naib Pengerusi DAP Perak merangkap Exco Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Perak, Datuk A Sivanesan.

Mengulas lanjut Kit Siang berkata, Malaysia yang diimpikan adalah sebuah negara yang lebih makmur, menghormati undang-undang dan hak asasi manusia selain mengutamakan perpaduan dalam kalangan rakyat.

Ujar beliau, rakyat juga perlu meletakkan identiti warganegara Malaysia sebagai asas dalam semangat kebersamaan dan tidak terlalu terikat kepada kelompok masing-masing.

perpaduan dalam kepelbagaian perpaduan rakyat Malaysia, perpaduan kaum Malaysia, perpaduan masyarakat, unity in diversity Malaysia Lim Kit Siang perpaduan Impian Malaysia perpaduan kaum dan agama Malaysia First semangat perpaduan rakyat Malaysia
Veteran ahli politik DAP, Tan Sri Lim Kit Siang hadir ke Majlis Makan Malam Ulang Tahun Ke-60 DAP di Taman Mas, Buntong, Ipoh, pada Ahad. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 09 OGOS 2026.

“Kita tidak mahu melihat orang Melayu hanya sesama mereka, Cina sesama mereka dan orang India hanya sesama mereka. Sebaliknya, kita semua mesti bersatu padu. Tidak kira apa bangsa, agama atau budaya, kita semua adalah rakyat Malaysia,” katanya lagi.

Tambah Kit Siang lagi, setiap rakyat mempunyai tanggungjawab untuk mempertahankan dan memperkukuh gagasan ‘Impian Malaysia’ dengan mengetepikan perbezaan yang boleh memecahbelahkan masyarakat.

“Impian Malaysia menuntut semua rakyat bersatu dan (hidup) makmur. Ia bukan sesuatu yang boleh dicapai dalam masa satu malam. Ia memerlukan visi jangka panjang dan menuntut masa bertahun-tahun,” ujarnya. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Jangan biar pihak tertentu pecah belah perpaduan rakyat – PM

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI