Seorang maut, dua cedera kemalangan libat MPV, tiga motosikal

IPOH – Seorang penunggang motosikal maut manakala dua lagi cedera selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dan tiga motosikal di Jalan Keramat Pulai, di sini, pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Muhammad Najib Hamzah berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kemalangan itu pada jam 4.30 petang semalam.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika sebuah MPV jenis Denza D9 yang dipandu lelaki berusia 52 tahun dalam perjalanan dari arah Simpang Pulai menuju ke Cameron Highlands.

“Kejadian dipercayai berlaku apabila motosikal jenis Yamaha Y15ZR yang ditunggang lelaki berusia 22 tahun dari arah bertentangan dipercayai memasuki laluan MPV berkenaan ketika cuba memotong kenderaan di hadapannya.

“Pemandu MPV tersebut cuba mengelak ke bahu jalan, namun motosikal berkenaan melanggar bahagian hadapan MPV,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, dua lagi motosikal yang datang dari arah Cameron Highlands turut terlibat ketika cuba mengelak kemalangan berkenaan.

“Akibat kemalangan itu, ketiga-tiga penunggang motosikal terjatuh dan mengalami kecederaan, manakala pemandu MPV tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Kesemua mangsa kemudian dibawa ke Hospital Cameron Highlands untuk mendapatkan rawatan,” ujarnya.

Bagaimanapun, beliau berkata, penunggang motosikal berusia 22 tahun itu disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan jam 9.45 malam hari yang sama manakala dua lagi penunggang motosikal masing-masing berusia 25 dan 24 tahun hanya mengalami kecederaan ringan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat atau rakaman berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi pihak Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Wanita maut, kenderaan rempuh lori sedang mengundur

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI