Suami isteri maut kereta bertembung lori

PASIR SALAK – Sepasang suami isteri maut selepas kereta dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori muatan ayam beku di Parit 9, Labu Kubong, di sini, awal pagi tadi.

Mangsa berusia 32 dan 33 tahun tersepit dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata, panggilan kejadian diterima Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Teluk Intan pada jam 5.55 pagi.

Menurut beliau sepasukan anggota digerakkan dan tiba ke lokasi pada jam 6.11 pagi dan mendapati berlakunya kemalangan jalan raya melibatkan sebuah kereta jenis Perodua MyVi bertembung dengan sebuah lori muatan ayam beku.

“Setibanya jentera di tempat kejadian, didapati terdapat dua mangsa iaitu sepasang suami isteri tersepit dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan KKM yang hadir.

“Manakala dua lelaki yang menaiki lori tersebut, pemandu dan kelindan lori tidak tersepit dan hanya mengalami kecederaan ringan,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, ketua operasi kemudiannya melaksanakan ‘size-up’ seterusnya mengaplikasikan konsep ‘SAVER’ dengan mengarahkan anggota melaksanakan kerja penyelamatan menggunakan rescue cutter bagi membuat renggangan dan menggunakan scoop stretcher untuk mengeluarkan mangsa.

Katanya, mangsa kemudiannya diperiksa oleh pegawai perubatan KKM dan mengesahkan bahawa mangsa telah meninggal dunia dan mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan selanjutnya.

“Operasi dianggotai 9 anggota itu tamat sepenuhnya pada jam 8.18 pagi,” katanya. -MG Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI