Sultan Perak berangkat ke Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Islam

IPOH – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat ke Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Islam 2023 di Hotel Casuarina Meru, dekat sini, pada Khamis.

Mengiringi keberangkatan baginda, Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad, Yang Di-Pertua Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk), Tan Sri Mohd Annuar Zaini serta Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Harith Fadzilah Abdul Halim.

Pada majlis tersebut, baginda berkenan menyampaikan keseluruhan 120 anugerah yang merangkumi 24 kategori.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menyampaikan Anugerah Tokoh Guru kepada Zulkifli di Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Islam Negeri Perak Tahun 2023 di Hotel Casuarina @ Meru, Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 09 NOVEMBER 2023.

Anugerah Tokoh Guru diberikan kepada Pengetua Sekolah Menengah Agama Rakyat Orang Asli (SMAROA) Nurul Hidayah Kampung Kenang di Sungai Siput, Zulkifli Ahmad.

Pada majlis sama, seramai 32 orang menerima Anugerah Shahadah Addirosat Al-Islamiah sesi 2020/2021 dan 29 orang menerima Anugerah Shahadah Addirosat Al-Islamiah sesi 2021/2022.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah (Tengah) berkenan merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Islam Negeri Perak Tahun 2023. Turut bersama di pentas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad (dua dari kiri) di Hotel Casuarina @ Meru, Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 09 NOVEMBER 2023.

Di samping itu, 30 orang menerima Anugerah Hafiz Muda Tahun 2023 sebagai pengiktirafan kepada murid tahfiz di seluruh Perak yang telah berjaya menghafaz 30 juzuk al-Quran.

Sementara seramai tujuh orang menerima Anugerah Sijil Tahfiz Negeri Perak (STNP) bagi memperakui dan mengiktiraf para huffaz yang telah menghafaz 30 juzuk al-Quran.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berangkat meninggalkan Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Islam Negeri Perak Tahun 2023 di Hotel Casuarina @ Meru, Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 09 NOVEMBER 2023.

Guru Besar Sekolah Rendah Agama Rakyat Ash-Shuhada’, Maizatul Fazreen Mohd Tamin pula telah menerima Anugerah Sekolah Terbaik Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK), dan Pengetua Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan Batang Padang, Norlia Hamzah telah menerima Anugerah Sekolah Terbaik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2023 Kategori Sekolah Menengah Agama Negeri.

Majlis tersebut diakhiri dengan persembahan khas pentomin bertajuk ‘Selamatkan Bumi’ yang menceritakan kesan pencemaran laut akibat pembuangan plastik terhadap hidupan akuatik dan manusia oleh para pelajar daripada Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan, Manjung. -MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI