IPOH – Pelaksanaan Pelan Perak Sejahtera 2030 kini berada di landasan yang kukuh untuk menterjemahkan pertumbuhan ekonomi negeri kepada manfaat yang lebih dirasai rakyat selepas memasuki tahun keempat pelaksanaannya.
Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, Laporan Kemajuan Tahun Keempat Perak Sejahtera 2030 yang dibentangkan hari ini bertemakan, ‘Hasil Dirasa, Keyakinan Dibina‘ menjadi penilaian terhadap pelaksanaan pelan pembangunan negeri yang dilancarkan pada 15 Jun 2022.
Menurutnya, prestasi ekonomi Perak terus menunjukkan perkembangan memberangsangkan sebanyak 5.7 peratus pada 2025, mengatasi kadar pertumbuhan nasional sebanyak 5.2 peratus, selain muncul sebagai penyumbang Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) keenam terbesar negara dengan sumbangan 5.3 peratus. -MGPerak





