Tiada pelaburan utama di Perak dibatalkan – Saarani

IPOH – Senario pelaburan di Perak masih kekal berdaya tahan dengan impaknya berada di tahap minimum dan terkawal meskipun dunia berhadapan kesan konflik Asia Barat, kata Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad.

Saarani yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Tampan berkata, tiada pelaburan utama dibatalkan, manakala projek sedia ada terus berjalan seperti yang dirancang.

“Berdasarkan pemantauan senario pelaburan asing di Malaysia amnya dan negeri Perak khususnya masih kekal berdaya tahan.

“Malah dari sudut peluang Malaysia termasuk negeri Perak ini berpotensi untuk mendapat manfaat daripada fenomena pengalihan rantaian bekalan apabila syarikat antarabangsa mencari destinasi pelaburan alternatif yang lebih stabil di dalam Asia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Goh See Hua (PH-Pasir Pinji) dan Ong Seng Guan (PH-Pokok Asam) pada Mesyuarat Pertama, Tahun Keempat, Dewan Negeri Perak Ke-15 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, dekat sini, pada Rabu.

Tambah Saarani, JP Morgan CH pada 27 Mac lalu menyenaraikan Malaysia sebagai antara ekonomi yang masih berdaya tahan dalam mendepani tekanan krisis tenaga semasa.

Katanya lagi, kumpulan Bank Dunia dalam kenyataan rasmi bertarikh 9 April lalu juga mengunjurkan pertumbuhan ekonomi Malaysia bagi 2026 pada kadar 4.4 peratus berasaskan permintaan domestik yang masih kekal kukuh.

Untuk rekod Perak berjaya merekod peningkatan nilai pelaburan hampir 80 peratus pada 2025 dengan nilai RM15.755 bilion berbanding RM8.759 bilion tahun sebelumnya. -MG Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI