UniMAIWP prihatin kebajikan mahasiswi terjejas kebakaran rumah di Trong

BUKIT GANTANG – Universiti Antarabangsa MAIWP (UniMAIWP) tampil menzahirkan keprihatinan dengan menziarahi seorang mahasiswi yang terjejas akibat kejadian kebakaran rumah di Trong, dekat sini baru-baru ini.

Kunjungan kebajikan itu disertai Presiden Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UniMAIWP, Fara Fadila Sumaji dan Ketua Jabatan Kebajikan Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (BHEPA), Syahirah Husna Rusdi, yang turut menyampaikan bantuan kepada mahasiswi berkenaan dan keluarganya.

Lawatan tersebut turut menjadi ruang bagi pihak universiti meninjau keadaan mahasiswi serta keluarganya dengan lebih dekat, selain mengenal pasti keperluan dan bentuk sokongan yang bersesuaian susulan musibah berkenaan.

Menurut BHEPA, kebajikan dan kesejahteraan mahasiswa merupakan antara keutamaan UniMAIWP, khususnya dalam memastikan mahasiswa tidak berdepan cabaran secara bersendirian ketika menghadapi situasi di luar jangka.

“UniMAIWP sentiasa cakna terhadap kebajikan dan kesejahteraan mahasiswa. Apabila berlaku musibah seperti ini, kita mahu mahasiswa tahu bahawa mereka tidak bersendirian.

“Kita akan sentiasa berusaha untuk hadir, mendengar dan memberikan sokongan serta bantuan yang bersesuaian mengikut keperluan mereka.

“Bantuan yang disampaikan diharap dapat meringankan beban mahasiswi dan keluarganya yang terkesan akibat kejadian tersebut,” katanya.

Dalam pada itu, BHEPA berkata, inisiatif tersebut mencerminkan komitmen UniMAIWP dalam memastikan aspek kebajikan, kesejahteraan dan pembangunan mahasiswa terus diberi perhatian, seiring dengan usaha universiti memperkasa kecemerlangan akademik dan pembangunan insan.

“Bagi UniMAIWP, keprihatinan terhadap mahasiswa tidak hanya diterapkan dalam aspek akademik, malah turut dizahirkan menerusi tindakan dan sokongan ketika mereka berdepan cabaran serta dugaan dalam kehidupan,” ujarnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

WEZAS UPSI santuni waris kakitangan, salur bantuan pelajar di Johor

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI