Ustaz didakwa melakukan amang seksual ke atas kanak-kanak lelaki 12 tahun

IPOH – Seorang guru bahasa Arab dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun  di Pulau Pangkor pada 28 dan 30 Jun lalu.

Tertuduh, Abdul Halim Ismail, 35, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim, Hilmiah Yusof.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh yang masih bujang didakwa menyentuh secara seksual dengan cara mencium, meraba dan menggosok kemaluan kanak-kanak lelaki terbabit.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah bilik di sebuah rumah peranginan di Pulau Pangkor dalam daerah Manjung antara jam 10 malam hingga 11 malam pada 28 Jun lalu.

Manakala bagi pertuduhan kedua, tertuduh melakukan perbuatan sama ke atas kanak-kanak terbabit dengan cara mencium, meraba, menggosok kemaluan dan menghisap kemaluan bagi maksud seksual di sebuah pusat peranginan di pulau yang sama antara jam 10 hingga 12 malam, 30 Jun lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 27 akta yang sama.

Jika sabit kesalahan tertuduh boleh dihukum penjara tidak melebihi 20 tahun dan sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Amira Nabihan Shahrir manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Amira Nabihan tidak menawarkan jaminan terhadap tertuduh namun tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon supaya diberikan jaminan.

Dia yang berpendapatan RM4,000 sebulan merayu supaya jumlah jaminan dikurangkan dengan alasan dia perlu menanggung bapanya yang sakit dan serta menanggung adik beradiknya yang hanya bekerja kampung.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin berjumlah RM12,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan, tertuduh tidak boleh mendekati dan mengacau ganggu mangsa, jika gagal mahkamah akan menarik semula jaminan ke atas tertuduh.

Hilmiah menetapkan 5 Disember ini bagi sebutan semula kes untuk serahan dokumen dan lantikan peguam. – MG Perak

BACA SELANJUTNYA:

187 lelaki buat laporan jadi mangsa gangguan seksual tahap tinggi

 

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI