MGPerak: Kerajaan Bertegas Tidak Akan Sokong Pengampunan Jho Low – Anwar

77

IPOH – Kerajaan menegaskan bahawa Malaysia tidak sama sekali akan menyokong atau mempertimbangkan berhubung cubaan memohon pengampunan daripada ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho kepada Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan juga tidak pernah mempertimbangkan sebarang bentuk sokongan terhadap individu terbabit memandangkan kesalahan dikaitkan dengannya melibatkan unsur jenayah.

Katanya, kenyataan beliau sebelum ini bahawa ‘perkara tersebut tidak berbangkit’, tidak seharusnya ditafsirkan sebagai tiada isu, sebaliknya ia bermakna perkara itu tidak dipertimbangkan oleh kerajaan. -MGPerak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini