MGPerak: PM Luang Masa Minum Petang, Santuni Komuniti Cina Di Chemor

55

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim disambut meriah oleh kira-kira 300 penduduk setempat ketika menghadiri sesi minum petang bersama komuniti Cina di Chemor, Ipoh pada Sabtu. Turut hadir pemimpin komuniti, JPKK, guru besar, warga sekolah SJKC serta NGO tempatan dalam suasana santai dan penuh mesra. Kehadiran beliau turut diiringi Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dan Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh.

Dalam sesi tersebut, Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun meluangkan masa beramah mesra bersama penduduk selain mendengar pandangan berkaitan isu semasa termasuk konflik Asia Barat dan penyasaran subsidi petrol. Beliau turut menekankan kepentingan perpaduan serta kerjasama erat antara pemimpin dan rakyat demi menjaga keharmonian negara, sebelum menyantuni pasukan wushu SJKC Poi Lam dengan menandatangani kain rentang pasukan sebagai tanda sokongan dan pembakar semangat. – MGPerak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini